~~Kata Hikmah Hari Ini~~

~~~Hiduplah kita pada jalan Allah, nescaya kita akan hidup bahagia di dunia dan akhirat....~~~

Saturday, 10 November 2012

Karangan jenis biografi (Ibu saya)


Karangan jenis biografi.


Kamu mempunyai seorang ibu yang bertanggungjawab dan penyayang. Ceritakan tentang ibu kamu.

Tajuk: Ibu saya


Nama ibu saya ialah Lim Sai Kim.Ibu saya berumur 40 tahun.Ibu saya bekerja sebagai guru. Setiap hari, beliau pergi ke sekolah dengan menaiki kereta Proton Saga.

Di sekolah, ibu saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani.

Beliau sangat aktif dalam sukan kerana beliau juga merupakan guru sukan di sekolah. Pasukan bola jaring dan bola tampar sekolahnya telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri.

Ibu saya juga pandai memasak dan menjahit. Setiap hari, beliau memasak makanan yang enak dan berkhasiat untuk kami sekeluarga.
Saya sangat sayang akan ibu. Saya juga berasa bangga kerana mempunyai seorang ibu yang bertanggungjawab dan penyayang.


1 comment:

  1. Sya suka dgn krangan ni tp prenggan kedua hnya mpunyai 1 ayat sja.Jka ingin mlakukn krangan yg lbih baik gunakn tips 2,3,3,3,2 atau 3,4,4,4,5..Pndhuluan,3 ayat atau 2,isi 3 prenggan mgandungi 3 atau 4 ayat stiap satu prenggan.pnutup,2 atau 5 ayat.

    ReplyDelete