~~Kata Hikmah Hari Ini~~

~~~Hiduplah kita pada jalan Allah, nescaya kita akan hidup bahagia di dunia dan akhirat....~~~

Saturday, 10 November 2012

Karangan jenis biografi( Diri saya)


Karangan jenis biografi

Tajuk: Diri saya

          Nama saya Ah Meng. Saya berumur 12 tahun. Saya belajar di
SJK ( C ) Pu Nam dalam tahun 6. Tiap-tiap pagi, saya pergi sekolah dengan menunggang basikal.

          Di sekolah, saya telah dilantik sebagai pengawas. Saya juga adalah setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di sekolah saya. Saya amat berminat dalam permainan bola keranjang dan telah dipilih sebagai pemain pasukan sekolah.

          Mata pelajaran yang paling saya gemari ialah Bahasa Melayu. Pada masa lapang, saya suka membaca buku cerita, majalah-majalah serta buku berunsur motivasi.

Kadang-kadang, saya menolong ibu mengemaskan rumah apabila ibu sibuk dengan kerja-kerja yang lain. Saya juga akan membantu ayah mencuci kereta di halaman rumah.

          Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru apabila saya dewasa kelak. Oleh itu, saya terpaksa bekerja dengan bersungguh-sungguh supaya boleh cemerlang dalam peperiksaan.

No comments:

Post a Comment