~~Kata Hikmah Hari Ini~~

~~~Hiduplah kita pada jalan Allah, nescaya kita akan hidup bahagia di dunia dan akhirat....~~~

Saturday, 10 November 2012

Formula bina ayat


AKTIVITI – AKTIVITI  BIASA ( Bahagian A )
Aktiviti di  Dalam Bilik Darjah
  1. membaca buku
  2. menulis
  3. menumpukan perhatian
  4. melukis gambar
  5. mewarnakan lukisan
  6. mendengar pengajaran guru
  7. memadam papan hitam
  8. mengelap tingkap
  9. menyusun meja dan kerusi
  10. menyapu sampah
  11. memungut/mengutip sampah
  12. menampal karya / menghias kelas
  13. mengajar
  14. memasang langsir
  15. menasihati murid
  16. mengawasi murid
  17. belajar / mengulang kaji
Aktiviti di Padang / Pendidikan Jasmani
  1. beratur / berbaris ke padang
  2. memanaskan badan
  3. mendengar arahan
  4. bermain bola/gelung rotan
  5. berlari
  6. melontar/membaling bola
  7. bersenam/bersukan
  8. meleretkan /menggolekkan bola
  9. melompat
  10. merejam lembing
  11. memecut laju
  12. menyampaikan hadiah
  13. menyertai acara
  14. berlatih
  15. bersorak /memberi sokongan
  16. meniup wisel
  17. mencatat markah
Aktiviti di Dewan / Perhimpunan
  1. beratur ke dewan
  2. berdiri tegak
  3. menyanyikan lagu
  4. menaikkan bendera
  5. membaca ikrar
  6. mendengar ucapan
  7. menyampaikan ucapan
  8. mengumumkan nama
  9. menyampaikan hadiah / piala / pingat
  10. mengadakan persembahan
  11. menyaksikan persembahan
  12. naik ke pentas
  13. bersalaman
  14. mendenda murid
  15. bertepuk tangan
  16. mengambil gambar
  17. mengawal disiplin
Aktiviti di Kantin            
  1. beratur untuk membeli makanan
  2. menjual makanan
  3. membeli makan / minuman
  4. memilih makanan / minuman
  5. memesan  minuman / minuman
  6. mencedok makanan
  7. membayar harga makanan
  8. duduk di kerusi yang disediakan
  9. membaca doa makan
  10. makan dengan sopan
  11. mencuci tangan
  12. membuang sisa makanan
  13. mengelap meja
  14. menyapu sampah
  15. meletakkan pinggan dan gelas
  16. mengawasi murid
  17. menyuap makanan
Aktiviti Keluarga / Di Ruang Tamu
  1. menonton televisyen
  2. berehat
  3. membaca majalah / surat khabar / buku
  4. berbual-bual / bersembang
  5. menjahit / menyulam
  6. menuang / menyajikan minuman
  7. melukis gambar
  8. menghidangkan kuih / minuman
  9. memasang langsir
  10. bermain permainan
  11. mengulang kaji pelajaran
  12. mendengar radio
  13. memberi makanan kepada ikan
  14. menekan suis
  15. mengajar adik
  16. menekan butang alat kawalan jauh
  17. menggunting kain / kertas
Aktiviti di Luar / Halaman Rumah
  1. memotong rumput
  2. menebas rumput
  3. menyabit rumput
  4. menanam pokok bunga
  5. menyiram pokok bunga
  6. mencuci / membasuh kereta
  7. mengelap kereta
  8. mencuci / membersihkan longkang
  9. menyidai / menjemur pakaian
  10. menggali / mengorek lubang
  11. membakar sampah
  12. bermain-main
  13. menggunakan pongkes
  14. mengecat dinding
  15. membuang sawang
  16. memetik / mengait buah
  17. memberi makanan kepada arnab
Aktiviti di Dapur
  1. menanak nasi
  2. menjerang air
  3. mencedok makanan
  4. menghidangkan makanan
  5. makan / menikmati makanan
  6. memasak
  7. membancuh air
  8. menggoreng ikan / mi / ayam
  9. menyiang ikan
  10. memotong sayur / ikan
  11. menghiris timun
  12. mencuci sayur
  13. mencuci pinggan dan mangkuk
  14. menunggu hidangan
  15. menguli tepung
  16. membubuh garam
  17. menyimpan / mengeluarkan makanan
  18. menatang dulang
  19. mengelap pinggan / mangkuk

Aktiviti di Kebun Sayur / Dusun             
  1. mencangkul tanah
  2. membuat batas
  3. mengorek lubang
  4. membubuh baja
  5. menyiram sayur-sayuran
  6. memetik lada / timun / kacang panjang
  7. mencabut rumput
  8. menyembur racun
  9. menyemai biji benih
  10. menggemburkan tanah
  11. memungut buah
  12. memasukkan buah
  13. mengumpulkan buah
  14. makan buah / menikmati buah
  15. membelah durian
  16. mengait / memetik rambutan
  17. menjolok buah
  18. memanjat pokok
Aktiviti  di Taman Permainan
  1. berjoging / berlari
  2. bermain gelongsor / buaian
  3. mendayung sampan / kayak
  4. bermain jongkang-jongket
  5. menunggang basikal
  6. bermain layang-layang
  7. memancing ikan
  8. menendang / menyepak bola
  9. membeli / menjual aiskrim
  10. memimpin tangan
  11. mendukung anak / bayi
  12. menggunting pokok
  13. berkelah
  14. memanjat tangga
  15. bergayut pada palang besi
  16. berkejar-kejaran
  17. bersiar-siar
  18. menyorong kereta sorong bayi
  19. bermain kasut roda / papan luncur

Aktiviti Di Tempat Awam/Perhentian Bas
  1. menunggu bas
  2. menaiki bas
  3. membaca buku
  4. memimpin tangan
  5. melintas jalan / menyeberang jalan
  6. menahan bas / teksi
  7. berbual-bual / bersembang
  8. membawa beg / membimbit beg
  9. membayar tambang
  10. menekan loceng
  11. berlanggar
  12. meragut / merampas
  13. melarikan diri
  14. mengejar
  15. menangkap / memberkas
  16. menjinjing bakul
  17. memakai payung
  18. menggunakan lintasan belang / jejantas
Aktiviti-aktiviti lain
  1. menziarahi / berkunjung / melawat
  2. menelefon polis / ambulan
  3. mencantas pokok
  4. mengangkat barang
  5. menyeberang sungai / jalan raya
  6. merayakan / menyambut Tahun Baru Cina
  7. menjemput tetamu
  8. baring di katil
  9. tidur
  10. merawat pesakit / mangsa kemalangan
  11. memeriksa pesakit
  12. mengepos surat
  13. menolong / membantu
  14. membungkus hadiah
  15. menganyam tikar / ketupat
  16. melipat kain/ kertas
  17. memandu kereta / lori / bas
  18. menyelamatkan orang yang lemas
Aktiviti-aktiviti lain
  1. mendirikan / memasang khemah
  2. mencari kayu api
  3. bermandi-manda / berenang
  4. mengutip kulit siput
  5. membina istana pasir
  6. tawar-menawar
  7. menimbang barang
  8. menaip surat
  9. mengira jumlah
  10. mengetuk paku
  11. memikul papan / kayu / buluh
  12. mengetam papan
  13. menghias padang
  14. memberi taklimat
  15. menyambut kepulangan
  16. mengawal lalu-lintas
  17. meniup lilin
  18. memotong kek

No comments:

Post a Comment